Friday, June 29, 2012

Jakarta , 9 -12 June 2012

Sekali lagi aku dan isteri bercuti ke Jakarta. Seperti biasa aku dan isteri akan plan perjalanan supaya tidak lewat sampai ke LCCT. Biasanya kami akan tetapkan 6 jam waktu perjalanan. Dari rumah mentua aku naik bas kul 3.40pm sampai Komuter Rawang kul 4.15pm dan tren baru je lepas. Jadi kene le tunggu hingga tren lain datang,  pastu tren sampai dan kami bertolak ke KL Sentral kul 5.05pm dan sampai di KL Sentral kul 5.57pm. Aku menaiki bas kul 6.50pm untuk ke LCCT.  Pukul 7.02pm bas bergerak dan sampai di LCCT pukul 8.14pm. So aku dan isteri berjalan sekitar LCCT ...menjamu selera di food court sementara menunggu flight kul 11.30pm. Aku sampai di Terminal 3, Soekarno Hatta Airport kul 2 pagi (waktu Malaysia). Aku tidur je kat airport tu sementara menunggu pagi. Ada la 3 jam aku tidur kat airport pastu terjaga dek kerana cuaca waktu pagi yang sejuk di Jakarta. Pastu aku naik bas Damri ke Terminal 1. Lepak lagi. Aku tanya kat Supervisor bas Damri kul bape bas datang ..die kata kul 8 (waktu indon) skang kul 6 (waktu Malaysia) ... peh !! ada lagi 3 jam. So aku gi carik makan...jumpa Restoran A&W. Beli ayam siap ada nasi sebungkus. bijak2.... aku memang perut nasi.


Add caption





IDR47 ribu = RM15.70 murah tu...

dah penat berjalan lapar...apalagi cari nasi le...

Dekat pukul 3pm WM baru boleh check-in...mandi2 pastu terus keluar semula

Nak tunggu Check-in lambat lagi baru kul 10.pg (WM)...jalan2 pastu penat sgt tido je kat restoran nih.

Tengok jam baru kul 6.34 am WM (5.34 WI). Belasah dulu A&W, ada nasi....panas sikit perut.

Masa : 4:18am WM (WM = Waktu Malaysia) , Lokasi : Lapangan terbang Soekarno Hatta

dalam flight ke Jakarta

Wednesday, June 20, 2012

BBQ KRAF 2012 - Janda Baik

Seperti tahun2 terdahulu dan seperti biasa, KRAF akan mengadakan jamuan makan dan tidak lain dan tidak bukan BBQ...yeah !!...menu wajib seperti biasa : kambing diikuti oleh menu lain seperti kepak ayam, udang dan seangkatan dengannya. Tahun ini acara BBQ diadakan di tempat yang sama untuk tahun 2009 iaitu di Kampung Janda Baik, Pahang.



menu wajib, kepak ayam dan kambing




cekodok panas...favorit. Hidayat ambik berkat..hehe


menu baru, kek pisang BBQ


Lagi menu baru, Popiah BBQ



New Toy (lagi) - MTB

Hajat untuk upgrade (beli)  basikal MTB aku tercapai sudah. Alhamdulillah.

Sebelum aku beli , banyak gak kedai aku survey kedai sebelum aku beli . Akhirnya aku basikal ni kat Setapak. Apabila aku tanya harga dan komponen basikal ni aku tak teragak2 terus letak deposit hinggakan isteri aku rasa macam tak percaya kerana selalunya aku ni banyak "songeh" bila membeli barang.

Setakat ini aku memang berpuas hati dengan basikal ni. Apa tidaknya ...dengan jumlah 30 kelajuan ( 3 x 100) takan tak puas hati lagi kan. Jika nak di bandingkan dengan basikal terdahulu memang puas hati sangat, terutamanya ketika menukar gear, sangat lancar dan tidak bising.


aksesori terbaru - gel padded glove
















================================================================
                                                      Dikemaskini pada 14/05/2015

                                      Beli barang baru sebab nak mulakan kembali aktiviti berbasikal
   

   
 Beli Stoking(RM16) dan Glove (RM30)






Glove (RM27.71selepas diskaun 10%)

Helmet (RM120) JW Cyclist

ni aku tak pasti untuk apa..
 Semua barangan tidak termasuk GST....


================================================================
                                                      Dikemaskini pada 20/05/2015

RM30 Velocity Cyclist, KWC...bye2 skull..

RM50 Petaling Street


Thursday, April 12, 2012

Yamaha LC 135 - Overhaul

Dah 3 tahun lebih aku pakai motor ni...meter pun dah pusing hinggakan connecting rod (conrod)  aku mula berbunyi bising. Akhirnya aku terpaksa gak hantar masuk bengkel untuk membaiki kerosakan conrod tersebut.

 Akhirnya aku buat kat GVP itupun kebetulan pasal aku nak tukar tayar. Aku masukkan terus blok baru 60mm + racing cam . Tetapi semenjak masuk blok baru aku rasa ade sesuatu yang tidak sedap aku rasa sebab selalu sangat aku rasa macam motor aku semput tetiba. Hinggalah suatu hari (25/04/2012) ketika aku sedang mendaki bukit sebelum keluar tol Sg. Buloh tetiba motor aku berhenti sendiri. Selepas aku hantar isteri ke tempat kerja dng menaiki teksi aku hantar semula motor yang buat blok aku . Aku di beritahu, karburator aku tersumbat di sebabkan oleh gam gasket...tu semua kerja mekanik kat Welly Sg. Buloh lg. Bengang giler aku. Semasa servis aku bertanya pasal CDI Racing, mekanik kata harga dia termasuk servis karburator RM180 .Aku test kat motor aku pastu terus decide utk pasang CDI tu. Sekarang memang puashati dengan performance LC aku.

tengah pasang CDI


=============================================
Masalah terjadi bila pasang kat kedai di BTP ni adalah kekadang terasa seperti kuasa hilang tiba-tiba. Tak puas hati aku bawa motor gi Hong Leong Yamaha  kat Sg Buloh. Kat situ tunggu memang lama...at last jumpa masalah die...timing chain lari 1 mata.
 Selang dua hari motor hilang semula pickup...ades...cuti lagi gi Hong Leong Yamaha, dorang kate kene tinggal motor 2 minggu pasal nak servis valve.So pasal takleh aku minta kedai yg boleh buat , dorang bagi aku Welly Rawang aku gi sana dorang kate kene tinggal motor 2 hari, akhirnya  aku gi Welly Sg. Buloh. Lepas siap pasang motor aku ade bunyi bising lak...kene tinggal lak kat situ. Esok datang ambik motor pomen kate tu bende biasa, die kate die saje adjust teppet longgar. Hari seterusnya aku gi lagi nak suh dorang tengok problem aku, ade sorang mekanik tu kate piston aku ade problem lak suh datang balik pasal mekanik yg buat motor aku tak datang keje.....ades...

 tunggu masa nak kene barai


patut le takde power..valve dah hitam
 =============================================

 Lokasi : Medan Tasik Puteri



Atas nasihat mekanik, alat thermostat ni di potong

=============================================
* Peringatan :-
untuk diri sendiri dan rakan2 LC, jangan gunakan Engine Treatment.