Monday, January 24, 2011

Hobi baru - MTB

http://www.ebicycles.com/bicycle-tools/frame-sizer/mountain-bikeSejak kebelakangan ini aku dan isteri sering kepenatan. Ade satu hari tu aku dan isteri berpakat untuk berjoging dari rumah aku ke Medan ( Pusat perniagaan BTP). Aku dan isteri mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke destinasi (berpeluh beb...). Sampai je kat Medan terus gi kedai 'biasa' pekene roti canai. Dah makan (berat perut) malas lak nak patah balik, nasib baik aku dah siap2 spare kunci motor ...apalagi gi rumah mak mentua ambik motor balik rumah. Sampai rumah terus buat plan kene beli basikal. Kedai pertama aku tuju kat Wangsa Melawati tapi tak jumpa model berkenan, pastu aku terus pergi satu lagi kedai di Melawati iaitu Bicycle World. Lama gak aku kat kedai tu survey mcm2 model dan harga. Akhirnya aku berkenan kat satu model ni. Terus je beli, tak pikir2 lagi dah.

dikemaskini pada 10/05/2011

Pocket pump kat kedai ABC RM28

pedal magnesium MG-1 RM98 kat kedai ABC
----------------------------------------------------------------------------------

dikemaskini pada 13/03/2011

cangkuk utk gantung basikal
da bomb seat post baru untuk menampung ketinggian aku

Lampu untuk kegunnaan berbasikal waktu malam, memang terang

 
 

safety first


----------------------------------------------------------------------------------

swing arm protector

bracket botol air

bende wajib ada...botol air

(dikemaskini :190211 - Dah pasang tp tak best )
lampu untuk kegunaan waktu malam....


Pam penting ada, periksa tekanan angin sebelum memulakan perjalanan
Loceng ...saje pasang ( dapat free)
 Beli barang2 aksesori lak..
----------------------------------------------------------------------------------
Pandangan Atas - Handle bar


Shimano V brake dgn gear 21 kelajuan


Gear Shimano Touney

Rangka di buat dari aloi


brek cakera depan + double wall rim


Brek cakera belakang
Brek cakera depan
Tengah merasmikan basikal baru...

Khairul Anwar ke Selama - PLKN

Anak aku yang sulung terpanggil untuk menyertai PLKN. Dia di tempatkan di Selama, Perak. Pada pagi (8.30am) hari Selasa (04/01/2011) aku menghantar dia ke Stadium MPS di Selayang. Sebelum die bertolak sempat gak lepak makan kat restoran...lupa lak nama restoran tu, sambil menyemak balik surat2 PLKN yang perlu diserahkan semasa pendaftaran. Sebaik sahaja die naik ke dalam bas ade petugas PLKN menghulurkan sampul berisi RM15, duit makan kat perhentian nanti kot. Dari data GPS aku, perjalanan untuk ke Selama lebih kurang 400km (jauh tu beb). Setiap minggu aku akan reload hp die dgn kredit untuk memudahkan kami berkomunikasi, ( ada gak line Celcom dlm hutan ).



kontrol hensem.
Bas yang digunakan untuk ke destinasi.

Monday, January 17, 2011

Maisarah 1st Day In The School

Hari pertama Maisarah bersekolah di SK BTP, Rawang pada 03/01/2011.


Dikemaskini 190211 : hari kedua baru sempat ajak maisarah gi kantin
depan sekolah sesak dengan kehadiran ibu bapa menanti anak mereka balik dari sekolah pada hari pertama persekolahan.

ceria di dalam bilik darjah







Maisarah Gunting Rambut

Memandangkan Maisarah akan memulakan zaman persekolahannya, aku terpaksa memotong rambut dia kerana tidak mahu terjadi kesukaran untuk men'dandan' rambutnya yang panjang (dibela sejak lahir). Lokasi kedai gunting : pasar Selayang Baru pada 02/01/2011.


tertunduk malu

Dah pendek...

Maisarah Orientation Day - 24/12/2010

Anak aku yang paling bongsu sudah hampir memasuki alam persekolahan setelah dua tahun berada di Tadika Eratunas. 27/12/2010 anak aku menjejakkan kaki ke sekolah untuk Hari Orientasinya. Sebulan sebelum itu dia tidak sabar2 untuk bersekolah. Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, dipilih kerana kakaknya juga bersekolah di situ di kelas 6 Dedikasi.



bergambar sebelum beratur mengikut kelas masing2

teruja untuk bersekolah

terujanya...!!!

Beratur mengikut kelas masing



Cuti-cuti Malaysia - Port Dickson

Aku dan keluarga sudah lama merancang untuk bercuti ke PD. Hajat aku dan keluarga tercapai akhirnya. Kami pergi pada 24hb sehingga 26hb. Lokasi yang di pilih : Glory Beach Resort. Pada mulanya kami ingin lepak kat Sunshine Bay Resort, tetapi disebabkan harga dan tempat penginapan tidak menepati cita rasa dan yang penting kami mendapat rate terbaik dari agen2 yang berkeliaran disitu maka kami memilih untuk tinggal di Glory. Dari pengalaman aku ketika berada disini , memang berbaloi lepak kat sini.


Peh sedap di makan ...panas lagi tuh...ikan  tu pun pancing gak

cadangan lokasi awal untuk menginap

sambil tunggu agen kat Sunshine..beraksi jap..


pandangan pantai di Sunshine

kolam mandi dari pandangan apartmen








Legend Water Chalet

Hari ahad pagi...sesak !!!

ade papan luncur air...sronok anak aku

memancing di tepi chalet


maisarah dan rakan kolamnya...