Monday, November 23, 2009

Nitro Crash - boom-bang & speed test

Aku pergi ke Puteri Central Park untuk buat speed test . Aku berjaya mencatatkan kelajuan 47.7km sejam. Itu menggunakan setting 'rich' kalau aku pakai setting 'lean' mungkin akan bertambah kelajuan.

Tetapi tidak lama kemudian aku mengalami kemalangan yang amat teruk, lower arm kereta aku tercabut berserta tayar sekali (ada 'can' tukar part aloi). Kemalangan disebabkan oleh masalah disc brek (alasan je tu - tapi memang nak kene tukar dah tu) serta pemanduan berkelajuan tinggi (cewah !!)

Max speed : 0.0km

Max Speed : 47.7km



Front support plate bengkok kerana perlanggaran kuat

Maisarah Konsert Eratunas Graduation Day @ Duta palms Resorts

Anak aku yang bongsu iaitu Khairunnisa Maisarah terpanggil untuk menyertai konsert sempena penganugerahan sijil . Ini sempena tamat persekolahan bagi tadika umur 6 tahun. Acara di adakan di Duta Palms Resort yang terletak di Bandar Country Homes , kira-kira 5km dari Bandar Tasik Puteri. Acara bermula dari pukul 3pm dan berakhir pada pukul 6.30pm.

Thursday, November 19, 2009

Tiang Telefon


Semalam anak aku dengan excited nya 'inform' aku pagi2 lagi (6.30am) bagitau kat belakang rumah aku dah ade tiang telekom di pacak . Lepas ni boleh ler aku masuk talian telefon tetap kat rumah, pastu mohon sekali line streamyx.

Tarikh tiang di korek 16/11-09, tarikh tiang dipacak : 17-11-09.

Sekarang ni aku cuma tunggu dan lihat bila dorang nak pasang kabel die pulak.



Bile dah pasang kabel tu nanti...dengan pantasnya aku akan pergi apply line.

=============================================

Updated on 23/03/2010

Tiang telefon kini sudah di pasang, kini hanya menunggu panggilan telefon dari kontraktor TM telefon

Tuesday, November 10, 2009

Health in the City @ Hotel Gardens (Mid Valley)

Setiap tahun aku akan pergi ke siminar tentang kesihatan. Tahun ni seminar diadakan di The Gardens Hotel & Residences, Mid Valley . Seminar bermula dari pukul 10.00am dan berakhir pada pukul 5.30pm (mengikut jadual 4.30 = kelewatan 1 jam). Tapi tahun ni memang tahun yang bertuah buat aku dan isteri kerna kami berdua memenangi cabutan bertuah ..Alhamdulillah..


Rehat sebentar .


Aku dapat ler Vitamin, isteri aku dapat Ogawa Hand Massager

Taman Tasik Perdana

Sementara menunggu isteri aku exam ( 9.00am -5pm) aku bawak anak bongsu aku gi main kat Taman Tasik Perdana. Sebelum gi KL, aku dah standby Buggy aku dalam kete. So sambil2 anak aku main kat taman permainan, dapat gak lepas geram main kat sini.


Sebelum main makan dulu kat mini cafe