Thursday, August 18, 2011

DIY - 12V Accessory Cigarette Lighter Socket Installation On Yamaha 135LC

 Dah lama dah aku rancang nak buat projek terbaru nih.Cuma masa je yang takde..akhirnya berjaya gak buat. Barang2 semuanya aku beli kat Jalan Pasar. Modal tak sampai RM20.

Barang2 yang diperlukan : pencucuh rokok, cable tie, wayar 1.5m, penyambung wayar dan penyambung bateri

mula2 tanggalkan bakul

kemudian tanggalkan cover utk karburetor/penapis udara

kemudian tanggalkan cover utk suis dan buat lubang seperti gambar
kemudian pasangkan soket rokok
soket siap dipasang pada cover suis
sambungkan wayar kepada soket (kepala terjulur keluar dari soket adalah positif)
pasangkan wayar dan ikat dengan cable tie
kemudian sambungkan terus kepada kepala bateri (pastikan sambungan positif dan negatif adalah betul)
siap
cantik ....gps pun bole cas
telefon pun bole juga...
=========================================

Beli aksesori tambahan pulak....

satu kepala boleh cas macam2 gajet dan aku cadang nak pasang suis.

Monday, August 1, 2011

Jakarta , 28-31 Julai 2011

Destinasi percutian aku dan isteri kali ini adalah Jakarta.

 Dari rumah aku menaiki bas dengan tambang RM1.50 ( masa bulan 5 dulua aku naik RM0.90 ajer) ke stesen komuter Rawang, kemudian aku menaiki Komuter ke KL Sentral. Dari KL Sentral aku naik Skybus ke LCCT.
Di Jakarta, aku menginap di Hotel Ibis di Mangga Dua untuk 4 hari 3 malam. Lokasi ini memang bagus untuk membeli belah kerana di sini terdapat kompleks membeli-belah yang menjual barangan elektronik seperti laptop dan hanphone juga komplek yang menjual barangan seperti baju dan beg (kulit).
Sebaik sahaja aku keluar dari balai ketibaan aku dan isteri cuba mencari kenderaan untuk ke hotel, seperti juga di Vietnam, aku di datangi oleh ramai pemandu teksi yang ingin menawarkan perkhidmatan. Seperti juga di Vietnam, pemandu2 di sini mengenakan bayaran yang sangat marah ( nak ketuk aku le tu). Tambang untuk ke hotel yang dikenakan adalah Rp. 200,000 = RM70. Aku tidak cepat menerima tawaran itu sebaliknya cuba mencari perkhidmatan yang lebih murah. Aku kemudian bertanya kepada Pusat Khidmat Pelanggan di situ, bas yang menuju ke destinasi aku. Akhirnya aku menaiki bas yang membawa aku ke destinasi dengan tambang yang hanya Rp. 20,000 = RM7.00..


baju basikal 'Made in Indonesia'

Pusat membeli belah terkenal di Tanah Abang

singgah sebentar membeli belah ..last minute shopping

dalam perjalanan ke airport aku tekejut melihat banyak basikal di  tengah kota Jakarta.
Setelah aku tanyakan kepada pemandu teksi , katanya disini setiap minggu jalan di tutup untuk penunggang basikal beriadah. Aku terkilan sedikit kerana tidak tahu di sini ada kedai2 yang menjual peralatan basikal.





hari ke-3, berjalan sekitar pusat bandar Jakarta.
Kat pusat bandar ni kalau nak masuk kene lalui `metal detector'. Harga barangnya pula sama seperti di Kuala Lumpur.
dah penat berjalan ..lepak makan kat restoran padang

kedai menjual perbagai jenis beg kulit berjenama 

jual tepi jalan ajer..

tepi jalan pun bole jual tayar dan rim terpakai

baju kat sini cantik dan murah Rp. 60,000 = RM21

Satu tingkat pun dah mengah nak berjalan dalam ni..sape brani nak redah 5 tingkat  ?

kedai menjual jubah di Tanah Abang

kenderaan yang aku gunakan dari hotel ke kota, tambang : 2,000 Rupiah


khemah2 warna biru ...tapak pasar malam harian











tengah jalan pun bole meniaga,

menaiki bas ke dari airport ke hotel (tambang RM7)
tiket bas Rp. 20,000 = RM7

menuju ke balai berlepas.

tambang perkhidmatan awam.


makanan yang aku bole makan kat Jakarta. Ayam dan cumi (Sotong)

                                   
Tambang bas ke LCCT