Monday, June 22, 2009

Makan @ JW Marriot & Corus (Father Days - Konon)

Aku dan isteri gi makan kat Marriot Hotel ( Restoran Enak) . Makan masakan Melayu jer. Cuma rasanya tak le sehebat masakan isteri sendiri. Aku masuk pastu order , tak sampai 10m semua lauk pauk dah sampai ...peh pantas giler.. chef die cuma 3 org jer(ni style cam restoran dlm carrefour/tesco kot). Malam pulak gi makan ngan member isteri aku kat Corus Hotel, masakan ok jer ...tak larat nak makan banyak , siang tadi dah pulun nasi sampai 2 pinggan (isteri aku lupa nak cakap). Kalau tidak dah tentu aku puasa sampai petang...wakaka ( ade ke puasa separuh hari makan tengahari ?)

Marriot Hotel





Corus Hotel


Makanan eksotik, mini sotong kurita

satay + air teh tarik

Wednesday, June 17, 2009

GPS

Adalah kawan aku kat opis tu die install GPS dalam phone Nokia dia, best gak aku tengok (aku ni pantang tengok gajet2 IT nih. So aku browse ler kat tenet carik pasal GPS kat phone ni (untuk SonyEricsscon). Adalah jumpa SE W760i boleh pakai GPS, tapi aku tanya kedai dorang kate takleh masuk software GPS. Adalah satu hari tu aku gatal2 tangan bid GPS kat Lelong, ntah camna aku ter'menang' lak , rega die aku dapat separuh dari harga asal. Nak tak nak terpaksa lak beli, kang kalau tak beli kene 'pangkah' lak oleh Lelong.
=============================================

Updated on 02/11/2010



Berjaya masukkan Papago X5SE

 =============================================


Menu utama

Menu kedua. Ada 4 software GPS (tamak betol GPS ni).

Digital Speedometer.

Software Garmin, paling best. (Lokasi kat opis aku)

Monday, June 15, 2009

Self Service - Tukang Pasang Tile

Aku pasang tile kat rumah sewa mak aku kat Bandar Baru Selayang. Rumah bawah tu komplen pasal dinding rumah die basah disebabkan ada air yang menyerap kat dinding tandas dia.



Rumah sewa kat Bandar Baru Selayang


Aku beli waterproofing ni kat Jalan Ipoh.


Keadaan lantai sebelum di kerja dijalankan.

Lapisan pertama siap dipasang. Pukul 5ptg aku datang balik sapu lapisan kedua (kene tunggu 4 jam).

Tile siap dipasang tapi nak cuci kene tunggu simen keras dulu. (Lain minggu pun bole cuci apa !!!)

Wednesday, June 10, 2009

Majlis Perkahwinan anak Pak Teh

Aku cuma jadi orang dapur jer..tolong masak nasi minyak jer...+ minum air 8 jug....



Makan puas2 dulu..pasti ni jgn lupa basuh pinggan..hehe



Pasangan suami-isteri Kak Zila & Pak Engku


Senyum ajer budak tudung putih nih.

Aksi orang buat kerje (peh !!! pakai cermin mata tuh)

Dah penat kerje, borak jap...

Tenung apa tu bang ? Ayam goreng ker ??


Bergambar bersama pengantin baru.

Majlis Perkahwinan Zamri dan Shafinaz

Akhirnya kawanku selamat mendirikan rumahtangga.

SELAMAT PENGANTIN BARU !!!

Semoga Bahagia Selalu Hingga Ke Anak Cucu. Amin .

Aku hanya berkesempatan pergi ke majlis di pihak lelaki di Temerloh, Pahang pada 06 Jun 2009.


Sampai aje di lokasi pengantin sedang menjamu selera.

Monday, June 1, 2009

Majlis Perkahwinan Syahrul Nizam (Erol) dan Izan.

Gambar-gambar di sepanjang perkahwinan Erol di Kuala Kangsar.



Emak pengantin lelaki dan anak2 serta anak saudara.

Emak pengantin serta suami dan emak mertua aku.