Earn free bitcoin

Tuesday, September 29, 2009

Astro 2 in 1

Sebelum ni susah sangat kalau nak tengok Astro , kalau nak tengok atas kene bawak decoder naik atas kalau nak tengok bawah kene bukak balik pasang kat bawah. Tetapi kini segala kepayahan telah berakhir..cewah..ayat power. Aku beli bende nih kat Jalan Pasar.

Masa mula2 pasang alat ni aku ada masalah pasal aku silap pasang port di belakang decoder. Aku gi balik kat kedai tu...membebel kat sana pastu tokey tu kasi baru punya + aku beli connector baru(SS). Kesilapan aku cuma kat sambungan di belakang decoder astro tu.




Pandangan hadapan decoder (IR Sensor)

Pandangan belakang decoder (port salah - TV AERIAL)

Ni port yang betol (TV/VCR)

Close-up

Belakang TV No. 2 (White Plastic Connector)

Pandangan belakang TV dengan SS connector (upgraded)

Pandangan TV. No. 2

=============================================
Updated on 22/01/2010




Close up sikit...


alamak gambar blur lak...(ni lokasi coupler yang betul).

Okey ...bile semua tu dah di pasang ...gi kat TV No. 2 pastu korang pilih le mana-mana channel yang korang nak tengok channel Astro ( aku letak kat channel 39, bersebelahan dengan channel AV1 dan Av2). Selepas dah pilih channel korang scan siaran sampai jumpa siaran Astro yang clear. Beres...!!!

=============================================

Updated on 23/01/2010

Di sini saya ada masukkan gambar dimana letaknya IR Sensor untuk model decoder Astro seperti tertera :


Gambar ini adalah ihsan dari saudara Harun Idris


=============================================

Updated on 28/08/2011

Salah satu kesalahan yang menyebabkan siaran di TV no. 2 tidak boleh dikendalikan. Pastikan kabel di cucuk di Injector IR Receiver .



=============================================

Updated on 12/04/2012



Barang ni pula untuk decoder Astro Beyond .

Pandangan hadapan

Pandangan belakang dekoder, kabel kuning, putih dan merah perlu di sambungkan ke belakang video modulator

Pandangan Belakang Video Modulator dan IR Sensor

Ular Sawa @ BTP Blok 1

Semasa aku sampai ular ni dah KO, kene belasah dengan ranting kayu (mengikut bukti berdekatan). Aku tak tahu ler apa jenis ular sawa nih .Panjangnya ade ler dalam 1 Meter. Perut die dah besar , tah apa ler die dah telan...





Sunday, September 27, 2009

Friday, September 25, 2009

Berbuka puasa @ mamak (Bangsar)

Aku gi jalan2 kat sekitar KL....masa pukul 6.00pm aku masih lagi dalam Mid Valley, kul 6.45pm..aku dan keluarga tercari-cari restoran makanan dalam tu..tp..peh....tempat duduk semua dah full.....kemudian aku nekad keluar dr mid valley nak carik restoran kat luar. Sebelum keluar carik dulu air dlm carrefour. Bila keluar aku menuju ke Jalan Maarof...sampai sana aku teringat ade satu gerai mamak , aku pernah makan kat sini ngan member aku zamzuri aka *****. aku order nasi putih berlauk ayam goreng, pastu tokey tu usha aku suh ambik kepala ikan 'BESAR PUNYA"...aku pun belasah jer..dah habis aku pun bayar ler...tapi aku terkezut beruk pasal rega ikan tu cuma 12 henggit jer. Peh !!! puas ....

Tuesday, September 1, 2009

New Highway in Progress

Ini adalah projek untuk menyambungkan Bandar Tasik Puteri ke ...(aku pun tak pasti lagi - samaada dgn Guthrie atau Jalan Rawang) . Lokasi gambar di ambil adalah di Kundang , bersebelahan dengan Kundang Lakes Country Club.





Buffet Ramadhan @ Dorsett Regency Hotel

Jumaat lepas (28/08/09) aku gi makan kat Dorset bersama isteri dan kawan sekerjanya. Makanan die ok gak ler .

Berikut adalah makanan yang di hidang pada hari tu :

Signature Sup Rusa, Rendang Ayam, Sambal Udang Petai, Serunding Ayam, Bubur Lambuk, Sup Ekor, Balitong Masak Lemak Cili Api, Pari Asam Pedas, Patin Masak Tempoyak, Lemang, Ketupat and Aneka Kuih Raya.

Masa kat situ aku sempat gak bergambar bersama Artis yang memang menjadi artis jemputan kat situ iaitu Dee (syed Muradzi Syed Shamsul Baharun). Aku tak ambik byk gambar pasal.....sibuk melantak...

Kambing Panggang (kaki)

Syok pekene Sup Ekor ..2 kali makan

Artis undangan