Earn free bitcoin

Sunday, April 18, 2010

Cut-cuti Malaysia : Genting Highland

Sempena harijadi isteri tercinta (16-04), aku membawanya ke Tanah Tinggi Genting, Pahang. rasanya sudah lama aku tak naik ke atas ni, kalau tak silap lebih dari 15 tahun. Aku memulakan perjalanan dari rumahku seawal pukul 7.30 pagi melalui pekan Rawang kemudian naik melalui Batang Kali. Kami tiba di Stesen Kereta Kabel Genting Skyway pada pukul 9.00 pagi. Dengan menaiki kereta kabel kami tiba di Hotel Genting 10minit kemudian. Sepanjang perjalanan isteriku memeluk erat tubuhku oleh kerana kegayatan melampau..hehe..Setibanya di atas aku terkejut oleh kerana pembangunan pesat yang terjadi di sini, hinggakan aku tersesat seketika ketika mencari taman tema diluar ( outdoor theme park). Oleh kerana hari ini adalah harijadi isteriku, dia telah mendapat tiket masuk secara percuma . Oleh kerana aku dan isteri lupa untuk caj telefon kami maka banyak gambar yang tidak berjaya dirakam.

Parking kat Genting Skyway

Harga tiket (untuk rujukan)

Pemandangan dari atas kereta kabel


Pemandangan sekitar taman tema luar





Permainan paling best - 2x aku main

Teruja untuk mencuba

Selain dari itu aku dan anak aku bermain roller coaster, fun kart tetapi bateri telefon habis..hampeh !!! tak dapat nak ambik gambar.Kami bertolak pulang pada pukul 6.30 melalui Lebuhraya Karak.



Kenangan harijadi isteriku

3 comments:

fadzil said...

wah.....syoknya...berpeluk2 dgn isteri. Berapa tiket masuk & cuaca kat sana masih sejuk ke?

Azmi said...

Tiket masuk :

Dewasa RM38
Kanak-kanak RM27

Cuaca memang sejuk terutama bile ada angin bertuip. Pukul 3 pun ade kabus lagi.

Azmi said...
This comment has been removed by the author.