Earn free bitcoin

Saturday, April 24, 2010

Bela kucing pulak dah ...!!!

Sebulan yang lepas aku nyaris melanggar seekor anak kucing di tepi jalan yang gelap dalam perjalanan pulang ke rumah. Anak kucing tersebut basah kuyup dan di badannya penuh dengan semut hitam yang mengigit setiap inci tubuhnya. Anak kemudian membawa kucing tersebut balik ke rumahku. Selepas di mandikan dan memberinya makan aku letakkan diluar rumah di tempat letak kereta.
Bermulalah episod aku membela kucing pulak. Tiap2 hari sebelum aku pergi kerja aku akan meletakkan makanan untuk kucing tersebut diluar rumah. Pada suatu hari aku balik, tetapi anak kucing tersebut tidak di temui di luar rumahku...kami sekeluarga berusaha mencari sambil memanggil namanya, tetapi tidak juga berjumpa.Kami sekeluarga masuk kedalam rumah, lebih kurang setengah jam kemudian kami keluar lagi untuk mencari anak kucing tersebut, tiba-tiba aku ternampak anak kucing tersebut berlari2 anak di hadapan rumah jiran. Aku terus memanggilnya, sebaik sahaja dia menoleh dan terlihat aku, dia terus berlari dengan pantas ke arah aku kemudian terus masuk ke dalam rumah. Semenjak dari itu aku selalu memerhatikan keadaan anak kucing tersebut dari dalam rumah. Rupa2nya ada beberapa ekor kucing dewasa yang datang dan memakan makanan yang aku berikan untuk anak kucingku.
Dua minggu berlalu, pada suatu hari aku balik dari kerja, sampai di rumah hujan renyai dan anak kucing tidak di temui. Kami kemudian mencari semula anak kucing tersebut selepas setengah jam dan sayup2 aku terdengar suaranya datang dari rumah jiranku di sebelah kiri, tidak lama kemudian baru dia muncul sambil berlari ke arahku.

Tapi pada suatu hari anak kucing tersebut langsung tidak pulang hingga seminggu. Anak aku yang bongsu sedih kerana tidak lagi dapat bermain dengan anak kucingnya. Oleh kerana kesedihan dia menyuruh aku membuang bekalan makanan untuk kucing tersebut.

Dalam kenangan
Pada suatu hari (19-04-10), ketika minum petang selepas kerja di sebuah restoran berhampiran pejabat isteriku, aku ternampak seekor anak kucing yang seiras dengan anak kucing yang telah hilang. Aku 'tangkap' dan kemudian membawa anak kucing tersebut balik ke rumah. Anak kucing ini tidak seperti anak kucing yang sebelumnya, dia lebih pendiam dan kurang bermain. Masalah timbul apabila anak kucing tersebut aku letak di dalam rumah. Walaupun anak kucing tersebut aku biarkan mem'buang' di dalam tandas tetapi baunya membuatkan rumahku amat 'harum'.



Kucing baru

Hari (24-04-10) ini aku singgah ke Jalan Petaling selepas bermain bowling di Mid Valley. Aku beli pasir tiruan untuk memudahkan anak kucing tersebut membuang dan paling penting supaya rumah aku tak berbau lagi. Masalah selesai.

pasir wangi

Penceduk

=============================================

Updated on 05/06/2010

Setelah bertarung dengan penyakitnya, akhirnya kucing kesayanganku telah mati . Semalam (05-06-10) selepas balik kerja aku lihat anak kucing aku seperti tidak bermaya. Pukul sebelas malam dia semakin tenat, aku rasa dia mati sejurus aku naik untuk tidur.

1 comment:

Azmi said...

tagskie,

thank you