Monday, March 29, 2010

Piston Jammed !!!

Dah 4 bulan berlalu sejak kereta RC Nitro aku mengalami kemalangan "parah". Oleh kerana part aloi susah untuk di perolehi (nak beli luar-negara harga tak berbaloi) aku beli gak ler parts plastik. Semalam (7-3-10) aku cuba try hidupkan enjin kereta, tetapi tak boleh nak tarik 'pull starter'. Aku turunkan enjin pastu baraikan. Peh !! Piston dah melekat. Adess !!!

Pull-Starter
Piston shaft nasib baik diperbuat dari aloi.

karat yang terhasil

Setakat itu sahaja yang aku berjaya buka, kerana aku tak cukup tool nak buka blok piston.

=============================================
26-03-10 (Jumaat)
Aku beli tools serta alat ganti kat Bandar Permaisuri.

Tool set & gam gasket

alat ganti baru : front lower arm

=============================================

Operasi Barai !!!


Tengah buka pull starter

Piston berkarat

Setelah 2 jam aku barai semua barang kat blok tu, bersihkan apa2 yang patut akhirnya enjin tu berjaya dihidupkan.


Alhamdullillah.

=============================================
27-03-10 (Sabtu)
Oleh kerana enjin telah berjaya di hidupkan, aku gi balik kedai RC beli peralatan extra lak

Penapis minyak

Minyak 1 liter.

=============================================
28-03-10 (Ahad)
Pagi-pagi lagi aku dah bersiap sedia nak keluar main kereta. Aku cuba start kereta, kali yang ke -3 aku tarik pull starter, tali putus...warrrghhhh !!! Bengang giler aku. Hampa lagi pasal tak dapat main kereta . Kul 12pm aku keluar gi KL, pastu kul 4 aku gi lagi kedai RC. Isteri aku bayarkan, katanya 'Hadiah Harijadi". Tima kaseh 'yang' (takde le 'present' tahun nih).


Roto Starter, CP



1 comment:

Mohd Zamri Abdullah said...

wow...kaya2...hobi org elit
http://mohdzamriabdullah.blogspot.com/2010/04/majlis-perkahwinan-sambutan-hari-lahir.html