Thursday, August 18, 2011

DIY - 12V Accessory Cigarette Lighter Socket Installation On Yamaha 135LC

 Dah lama dah aku rancang nak buat projek terbaru nih.Cuma masa je yang takde..akhirnya berjaya gak buat. Barang2 semuanya aku beli kat Jalan Pasar. Modal tak sampai RM20.

Barang2 yang diperlukan : pencucuh rokok, cable tie, wayar 1.5m, penyambung wayar dan penyambung bateri

mula2 tanggalkan bakul

kemudian tanggalkan cover utk karburetor/penapis udara

kemudian tanggalkan cover utk suis dan buat lubang seperti gambar
kemudian pasangkan soket rokok
soket siap dipasang pada cover suis
sambungkan wayar kepada soket (kepala terjulur keluar dari soket adalah positif)
pasangkan wayar dan ikat dengan cable tie
kemudian sambungkan terus kepada kepala bateri (pastikan sambungan positif dan negatif adalah betul)
siap
cantik ....gps pun bole cas
telefon pun bole juga...
=========================================

Beli aksesori tambahan pulak....

satu kepala boleh cas macam2 gajet dan aku cadang nak pasang suis.

4 comments:

ridewan zaidi said...

bro, masa bawak xde problem ke? . .sbb aku ader buat mcm nie..cuma kedai tuh sambung ikut mana xtaw,bukan direct battery. . .klu idle ok,bile jalan jadi x menentu. . .in car charger tuh rosak. . .tolg komen yer. . hehe

Azmi said...

setakat ni takde problem langsung pun...mungkin sambungan kau tu gi kat switch kot...aku punya sambung direct ke bateri pastu letak switch on/off bawah seat(gambar tak masuk lagi)

Mohd Khairul Amri Zakaria said...

Salam bro, macam mane nak buat on/off suis yg biasa org letak bawah seat tu? Safety suis la kirenye.. Boleh bro tunjukkan caranye?

Azmi said...

wasalam, maaf tak pernah buat la projek tu.