Earn free bitcoin

Thursday, July 14, 2011

Full HD Media Player - 1080P

Sebelum aku membeli media player ni, susah sangat kalau aku nka tengok citer yang aku download dari internet terutamanya file dalam format MKV. Biasanya kalau aku nak tengok kat TV aku kene convert dulu kepada format AVI. Itupun kadang2 kene trial and error untuk dapatkan setting yang sesuai dengan video player aku. Kadang2 tu sampai 5 kali convert pun tak boleh tengok lagi.

Baru2 ni aku pergi ke Penang, duduk kat Hotel Summit. Hotel Summit ni berhubung terus dengan pusat membeli belah. Satu hari tu aku dan isteri jalan2 kerana nak mencari ' 3 port charger'. Sedang aku mmbelek barang di kedai ni aku ternampak player ni dan terus bertanyakan kepada penjual berkenaan alat tersebut. Akhirnya aku membuat keputusan membeli alat tersebut. Memang puashati aku beli...harga pun tak mahal sangat.


hanya sebesar kad (bonuslink)

Salah satu sebab aku beli alat ni adalah dari segi waranti, lokasi. Kedai ni ada banyak cawangan , Summit Subang ( opis aku) dan Sungei Wang Plaza ( sebelah Low Yat). Waranti 1 tahun, boleh hantar untuk gantian/servis dimana2 cawangan.

No comments: