Earn free bitcoin

Saturday, April 24, 2010

Bela kucing pulak dah ...!!!

Sebulan yang lepas aku nyaris melanggar seekor anak kucing di tepi jalan yang gelap dalam perjalanan pulang ke rumah. Anak kucing tersebut basah kuyup dan di badannya penuh dengan semut hitam yang mengigit setiap inci tubuhnya. Anak kemudian membawa kucing tersebut balik ke rumahku. Selepas di mandikan dan memberinya makan aku letakkan diluar rumah di tempat letak kereta.
Bermulalah episod aku membela kucing pulak. Tiap2 hari sebelum aku pergi kerja aku akan meletakkan makanan untuk kucing tersebut diluar rumah. Pada suatu hari aku balik, tetapi anak kucing tersebut tidak di temui di luar rumahku...kami sekeluarga berusaha mencari sambil memanggil namanya, tetapi tidak juga berjumpa.Kami sekeluarga masuk kedalam rumah, lebih kurang setengah jam kemudian kami keluar lagi untuk mencari anak kucing tersebut, tiba-tiba aku ternampak anak kucing tersebut berlari2 anak di hadapan rumah jiran. Aku terus memanggilnya, sebaik sahaja dia menoleh dan terlihat aku, dia terus berlari dengan pantas ke arah aku kemudian terus masuk ke dalam rumah. Semenjak dari itu aku selalu memerhatikan keadaan anak kucing tersebut dari dalam rumah. Rupa2nya ada beberapa ekor kucing dewasa yang datang dan memakan makanan yang aku berikan untuk anak kucingku.
Dua minggu berlalu, pada suatu hari aku balik dari kerja, sampai di rumah hujan renyai dan anak kucing tidak di temui. Kami kemudian mencari semula anak kucing tersebut selepas setengah jam dan sayup2 aku terdengar suaranya datang dari rumah jiranku di sebelah kiri, tidak lama kemudian baru dia muncul sambil berlari ke arahku.

Tapi pada suatu hari anak kucing tersebut langsung tidak pulang hingga seminggu. Anak aku yang bongsu sedih kerana tidak lagi dapat bermain dengan anak kucingnya. Oleh kerana kesedihan dia menyuruh aku membuang bekalan makanan untuk kucing tersebut.

Dalam kenangan
Pada suatu hari (19-04-10), ketika minum petang selepas kerja di sebuah restoran berhampiran pejabat isteriku, aku ternampak seekor anak kucing yang seiras dengan anak kucing yang telah hilang. Aku 'tangkap' dan kemudian membawa anak kucing tersebut balik ke rumah. Anak kucing ini tidak seperti anak kucing yang sebelumnya, dia lebih pendiam dan kurang bermain. Masalah timbul apabila anak kucing tersebut aku letak di dalam rumah. Walaupun anak kucing tersebut aku biarkan mem'buang' di dalam tandas tetapi baunya membuatkan rumahku amat 'harum'.



Kucing baru

Hari (24-04-10) ini aku singgah ke Jalan Petaling selepas bermain bowling di Mid Valley. Aku beli pasir tiruan untuk memudahkan anak kucing tersebut membuang dan paling penting supaya rumah aku tak berbau lagi. Masalah selesai.

pasir wangi

Penceduk

=============================================

Updated on 05/06/2010

Setelah bertarung dengan penyakitnya, akhirnya kucing kesayanganku telah mati . Semalam (05-06-10) selepas balik kerja aku lihat anak kucing aku seperti tidak bermaya. Pukul sebelas malam dia semakin tenat, aku rasa dia mati sejurus aku naik untuk tidur.

Sunday, April 18, 2010

Cut-cuti Malaysia : Genting Highland

Sempena harijadi isteri tercinta (16-04), aku membawanya ke Tanah Tinggi Genting, Pahang. rasanya sudah lama aku tak naik ke atas ni, kalau tak silap lebih dari 15 tahun. Aku memulakan perjalanan dari rumahku seawal pukul 7.30 pagi melalui pekan Rawang kemudian naik melalui Batang Kali. Kami tiba di Stesen Kereta Kabel Genting Skyway pada pukul 9.00 pagi. Dengan menaiki kereta kabel kami tiba di Hotel Genting 10minit kemudian. Sepanjang perjalanan isteriku memeluk erat tubuhku oleh kerana kegayatan melampau..hehe..Setibanya di atas aku terkejut oleh kerana pembangunan pesat yang terjadi di sini, hinggakan aku tersesat seketika ketika mencari taman tema diluar ( outdoor theme park). Oleh kerana hari ini adalah harijadi isteriku, dia telah mendapat tiket masuk secara percuma . Oleh kerana aku dan isteri lupa untuk caj telefon kami maka banyak gambar yang tidak berjaya dirakam.

Parking kat Genting Skyway

Harga tiket (untuk rujukan)

Pemandangan dari atas kereta kabel


Pemandangan sekitar taman tema luar





Permainan paling best - 2x aku main

Teruja untuk mencuba

Selain dari itu aku dan anak aku bermain roller coaster, fun kart tetapi bateri telefon habis..hampeh !!! tak dapat nak ambik gambar.Kami bertolak pulang pada pukul 6.30 melalui Lebuhraya Karak.



Kenangan harijadi isteriku

Wednesday, April 14, 2010

Makan Tengahari (Lunch) RM 3 ???


Baru2 ni aku pergi ke Pertama Komplek untuk lunch dgn isteri aku .Aku terus pergi ke tempat makan kat situ, kemudian aku terpandang kat salah satu gerai tu ....dia pamerkan iklan 'RM3 - Nasi campur untuk semua jenis lauk'. Aku pun cuba le makan kat situ...aku ambik sayur pastu aku ambik ikan masin masak lemak...tetiba aku di tegur oleh seorang makcik yang duduk kat tepi gerai tu...ambik ler ikan..jadi aku pun ambik ler seekor ikan kembung goreng...lantas aku bertanya kepada kepada tuanpunya gerai tu harga berapa harga makanan yang aku dah ambil makcik tu cakap "RM3 dik" pastu makcik kat tepi gerai tu cakap lagi "ambik ler lauk ayam tu" ..oleh kerana nak cuba try test harga , aku pun ambik le seketul ayam goreng lak...pastu aku tanya kat tuanpunya gerai tu harga , makcik tu cakap "RM3 dik". Peh !!! biar betol makan apa saje lauk RM3 .


Nota : Aku makan kat situ hari Isnin, pukul 1.00pm