Earn free bitcoin

Monday, March 29, 2010

Piston Jammed !!!

Dah 4 bulan berlalu sejak kereta RC Nitro aku mengalami kemalangan "parah". Oleh kerana part aloi susah untuk di perolehi (nak beli luar-negara harga tak berbaloi) aku beli gak ler parts plastik. Semalam (7-3-10) aku cuba try hidupkan enjin kereta, tetapi tak boleh nak tarik 'pull starter'. Aku turunkan enjin pastu baraikan. Peh !! Piston dah melekat. Adess !!!

Pull-Starter
Piston shaft nasib baik diperbuat dari aloi.

karat yang terhasil

Setakat itu sahaja yang aku berjaya buka, kerana aku tak cukup tool nak buka blok piston.

=============================================
26-03-10 (Jumaat)
Aku beli tools serta alat ganti kat Bandar Permaisuri.

Tool set & gam gasket

alat ganti baru : front lower arm

=============================================

Operasi Barai !!!


Tengah buka pull starter

Piston berkarat

Setelah 2 jam aku barai semua barang kat blok tu, bersihkan apa2 yang patut akhirnya enjin tu berjaya dihidupkan.


Alhamdullillah.

=============================================
27-03-10 (Sabtu)
Oleh kerana enjin telah berjaya di hidupkan, aku gi balik kedai RC beli peralatan extra lak

Penapis minyak

Minyak 1 liter.

=============================================
28-03-10 (Ahad)
Pagi-pagi lagi aku dah bersiap sedia nak keluar main kereta. Aku cuba start kereta, kali yang ke -3 aku tarik pull starter, tali putus...warrrghhhh !!! Bengang giler aku. Hampa lagi pasal tak dapat main kereta . Kul 12pm aku keluar gi KL, pastu kul 4 aku gi lagi kedai RC. Isteri aku bayarkan, katanya 'Hadiah Harijadi". Tima kaseh 'yang' (takde le 'present' tahun nih).


Roto Starter, CP



Tuesday, March 2, 2010

Cuti-cuti Malaysia (Melaka)

Aku dan keluarga berkesempatan ke Melaka (21/02/2010) baru-baru ini. Aku bertolak dari rumah pada pukul 9.00am dan bertolak balik juga pada pukul 9.00 tapi malam ler.Dah bertahun lamanya aku tak ke Bandar Melaka ni. Sesat jugak walaupun pakai gps (gps terkejut). Banyak betul pembangunan telah berlaku di bandar ni.


Baru sampai..ambik gambar kat Dataran Pahlawan.

A Famosa




cium sikit...

eee...geli...

River Cruise..

Rumah lama di Kg Morten.

Pirate Park

Kincir air

main meriam jap...kaboomm..!!




Anak dan anak-anak abang ipar menaiki Menara Tamingsari

Pemandangan dari atas menara ( Kapal Portugis)

Jalan2 di Jonker Street (ala2 Petaling Street-6pm ke atas)


Makam Hang Kasturi, bau kat sini pun bau mcm kasturi tapi carik punya carik tak jumpa pun limau kasturi atau 'kasturi'....