Monday, May 25, 2009

Unser - Self Service Part 2

Aku punya air cond kereta Toyota Unser sejak beli tak pernah servis atau tambah gas. Oleh kerana nak gi jalan jauh ni ( Kuala Kangsar + Temerloh) aku rasa ada baiknya di servis. Sparepart dah beli tinggal nak buat operasi jer nih. So malam tu aku bertolak dari rumah aku ke Bandar Mahkota Cheras.


"drier" sedang di keluarkan.

Sini letaknya "drier" tu...nak mencarinya ajer dah makan 10 minit, untuk mengeluarkan "drier" bumper + kangararoo bar terpaksa dikeluarkan. Peh !!! . Apa lah agaknya dipikirkan oleh designer Toyota ni sampai kene masukkan "drier tu dlm bumper...menyusahkan aku jer. Dalam bonet depan tu banyak lagi ruang kosong kenapa ler letak kat dalam bumper ???.

Drier baru siap dipasang semula. Ni tengah nak pasang balik bumper.


Tu gambar aku tengah pasang bumper. Kalau bumper fiber takpe gak..ni bumper besi wooo...."berat mata memandang berat lagi bahu memikul".


Ini gambar Abang Razak kawan aku yang tolong repair air cond. Abang Razak ni memang mahir membaiki/servis apa saja jenis air cond , dari jenis air cond rumah kepada air cond komersial (hotel, restoran).Air cond kapal selam pun dia boleh servis (gurau jerk..hehe). Kapal selam ade ker air cond ? mesti ler ade ..kalau tak mahu mati kepanasan dalam tuh. Kepada sesiapa yang berminat nak mendapatkan perkhidmatan Abang Razak boleh ler menghubungi beliau di talian 017-3006678.

1 comment:

fadzil said...

Kau memang bijak....Nurul kalau kereta aku rosak blh la panggil kau?