Earn free bitcoin

Thursday, February 7, 2013

Bandung, 02-05 Feb 2013


Untuk cuti-cuti Asia tahun ini, Bandung menjadi lokasi pilihan selepas Jakarta. Rate pada waktu dan masa aku nak gi ni adalah IDR 1 Juta = RM315.Untuk perjalanan kali ini aku di hantar oleh adik iparku ke komuter Rawang sampai kul 4.10pm tak sampai lima minit tren sampai.. Tren dari komuter Rawang bergerak pada pukul 4.15pm dengan harga tiket RM3.60 seorang ke KL Sentral. Dari KL Sentral jam menunjukkan pukul 5.45pmketika Sky Bus bergerak menuju ke LCCT dan sampai pada pukul 6.45pm. Aku dan isteri menaiki kapal terbang jam 10.30pm dan sampai di Bandung pada pukul 11.15pm. Ketika keluar saja dari airport aku terus mencari kenderaan untuk ke hotel . Ada seorang pemandu teksi sapu menawarkan untuk menghantar aku ke hotel dengan kadar 100k kemudian di turunkan kepada RP60k setelah aku katakan aku tak berminat. Dari airport aku menaiki taxi ke hotel dengan kadar tambang 'hanya' IDR40k. Alhamdulillah nasib baik isteri aku telah sedia menempah hotel untuk aku bermalam kalau tidak tak tahu mana aku nak tido malam ni ( masa kat Jakarta dulu aku tidur kat kerusi menunggu aje). Kadar hotel untuk Cihampelas Hotel 2 adalah RM92.10/IDR275k ( [USD24.79 +5.21=USD30], harga bilik RM76.12 + cukai hotel dan perkhidmatan RM15.98).


Kadar hotel untuk Cihampelas Hotel 2 adalah RM92.10/IDR275k ( [USD24.79 +5.21=USD30], harga bilik RM76.12 + cukai hotel dan perkhidmatan RM15.98).Ini harga tempahan online tetapi bila bayar kat kaunter cuma RM86.60.

IDR275k = RM86.60

Hari pertama stay kat hotel Cihampelas.

Ada TV pun ok gak le....bole layan dari takde apa nak pandang kat Level Bawah Tanah ni...
Sempoi je bilik ni..





lihatlah barisan kain2 yang cantik...gelap mata kalau perempuan tengok

 ======================================================
Hari kedua hingga hari ketiga aku tinggal di Amaris Hotel Cihampelas (Check-in 14.00 / Check-out 12.00). Pagi kedua selepas breakfast kat hotel aku terus gi ke Hotel Amaris nak tanya boleh tak simpan beg. Kemudian aku terus checkout dari Cihampelas hotel pastu terus checkin beg dan terus menuju ke Pasar Baru menaiki angkutan kota ajer...


Pemandangan bilik Hotel Amaris




 

 

 


 


 



FO sekitar Jalan Cihampelas..belek2 ...jgn tak belek..


senapang buatan sendiri...dijual di Jalan Cihampelas






Barangan ini di beli di Tokok Tiga. Harga seluar Levi's RM126-147..kalau kat KL harga sekitar RM240-280
 

 


====================================================== 
Hari kedua selepas breakfast terus gi Jalan Cibaduyut, tapi sampai je kat sini kebanyakan kedai belum lagi dibuka. Camna nak buka kedai kalau aku sampai kat sini awal sgt kul 7.30am. Aku jalan2 sekitar sini sehingga pukul 9.15am pastu terus gerak gi Rumah Mode sampai kul kat sini kul 11.30am. Pastu dari sini aku singgah kat Paris Van Java. Selepas tu gi semula ke Pasar Baru sampai kul 5.50pm baru balik hotel.
Breakfast...isi perut sebagai bekalan untuk perjalanan yg "panjang"



Hari Kedua dari hotel terus gi Cibaduyut sampai sini
Tunggu punya tunggu ..tak buka gak kedai kat sini.





Tak sah gi jalan2 kalau tak masuk kedai faverit die

hasil hari kedua
======================================================
Hari Ketiga seawal 7am aku dah keluar hotel. Destinasi hari ini -Tangkuban Perahu, Sari Ater (kolam air panas) dan Kampung Daun. Seperti hari2 terdahulu aku menaiki angkut2 untuk ke Stesen Ledeng dengan tambang cuma 8k untuk 2 orang. Ketinggian Stesen Ledeng adalah 949m. Dari hotel aku menginap ke Stesen Ledeng mengambil masa cuma 20 minit. Dari Stesen Ledeng ke Tangkuban Perahu aku menaiki sejenis angkut2 yang besar dengan tambang 12k seorang. Dari Stesen Ledeng ke Tangkuban Perahu cuma 21 KM tapi mengambil masa 45 minit maklum lah jalan kecik pastu curam pulak.
Turun dari Tangkuban Perahu kul 11am aku gi pula ke Kolam Air Panas Sari Ater lebih kurang 11km dari Tk Perahu. Dalam perjalanan turun dari Tangkuban Perahu ni aku tengok kabus dah mula menutupi puncak gunung ni, Alhamdulillah sempat gak aku menikmati pemandanan kat sini. Kepada yang baru sampai tu.....apakan daya..nikmati je lah angin sejuk kat sini. Untuk masuk Sari Ater kena bayar RP19k(RM6.00) seorang. Dari Sari Ater terus pula ke Kg Daun, perut dah lapar dah ni...Selepas dah habis makan sambung shopping.  Untuk 3 trip iaitu Tangkuban Perahu - Sari Ater dan Kg, Daun , aku bayar 350k .Destinasi seterusnya Pasar Baru (ni dah kali ke 3 gi sini). Habis shooping sampai hotel kul 9.30mlm...peh !!! penat gilerzzz...tido tak henggat dunia....bini ade sebelah pun tak henggat dah ...hehehe...







Add caption   




bergambar di deretan kedai menjual perbagai jenis barang termasuk cenderemata. Kat sini kene pandai tawar menawar kalau tidak habis kene kelentong. Aku beli batu tasbih gunung berapi kat sini cuma RM15 (50k) tapi anak buah aku beli kat sini RM300. Ada bran ?? Keychain kat sini pun kene bargain habis2an..aku dapat 40keping dgn rega 100k.




Berhenti di ladang teh dalam perjalanan ke Sari Ater


Rendam kaki sekejap je pasal hujan mula renyai.






 



Aku order Nasi + Itik goreng. Tapi kesian orang rumah aku tak tahu nak makan apa, die order pizza . Setengah jam pun tak sampai ..dah nak kansel je order baru sampai.
======================================================
Hari Keempat seperti biasa...bangun pagi lepas breakfast terus gi Pasar Baru (peluang shooooping terakhir).

pergi 2 beg balik bawak balik mcm2 beg.



Nota : Waktu yang di guna pakai didalam catatan ini adalah waktu Malaysia. Waktu di Bandung, Indonesia awal 1 jam dari Malaysia.

7 comments:

Mohd Zamri Abdullah said...

wow! bestnye bulan madu kt Bandung. tentu seronok kan?

Azmi said...

ok jer....tapi aku lebih prefer Jakarta..

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr,Wb,. Tuan /Puan

Saya Tony dari Mutiara transport Bandung, menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong. Mutiara Bandung sewa kereta menawarkan beberapa pakej untuk kereta sewa tempatan yang anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di Bandung.

Bandung Sewa Kereta membantu anda untuk meneroka Bandung, tempat untuk membeli-belah di Bandung, tempat untuk makan dan melihat pemandangan di Bandung, panduan kami akan membantu anda meneroka Bandung City. Dan membawa memori manis.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com


Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung

Kereta Taip Daily/14 jam
Suzuki APV ( 7seat ) Rp 450,000

Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 450,000

Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000

* semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, makan pemandu.


Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.


CALL / hubungi / sms / Nego / konsultasi percuma :
HP / SMS / CALL : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

Azmi said...

Waalaikumussalam,

Terima kasig untuk info di beri.

Hafiezah Othman said...

Nak tanya,saudara di sana pakai khidmat supir ke?sebab saya dan mahu ke sana mahu kesana tapi tak mahu guna khidmat supir dan juga mahu ke tangkuba perahu.ada tips tak yang boleh dikongsi?

Azmi said...

Saudari Hafiezah Othman, saya di sana tidak menggunakan khidmat supir tetapi lebih suka menggunakan perkhidmatan awam seperti tok2 (van biru). Tetapi untuk keselamatan adalah lebih selamat menggunakan khidmat teksi Bluebird. Jika ingin ke Tangkuban dan penumpang ramai lebih mudah ambil teksi, beramah mesra sikit dgn pemandu nanti mungkin dia bole belikan tiket harga warga tempatan.Di Tangkuban Perahu memang ramai penjual, kalau tak pandai bargain jgn beli. Baca dlm post saya.

Azmi said...

Bandung...walaupun dah pergi...nak pergi lagi.....bulan 4 tahun ni nak g sana lagi...in sha Allah