Earn free bitcoin

Thursday, July 14, 2011

Full HD Media Player - 1080P

Sebelum aku membeli media player ni, susah sangat kalau aku nka tengok citer yang aku download dari internet terutamanya file dalam format MKV. Biasanya kalau aku nak tengok kat TV aku kene convert dulu kepada format AVI. Itupun kadang2 kene trial and error untuk dapatkan setting yang sesuai dengan video player aku. Kadang2 tu sampai 5 kali convert pun tak boleh tengok lagi.

Baru2 ni aku pergi ke Penang, duduk kat Hotel Summit. Hotel Summit ni berhubung terus dengan pusat membeli belah. Satu hari tu aku dan isteri jalan2 kerana nak mencari ' 3 port charger'. Sedang aku mmbelek barang di kedai ni aku ternampak player ni dan terus bertanyakan kepada penjual berkenaan alat tersebut. Akhirnya aku membuat keputusan membeli alat tersebut. Memang puashati aku beli...harga pun tak mahal sangat.


hanya sebesar kad (bonuslink)

Salah satu sebab aku beli alat ni adalah dari segi waranti, lokasi. Kedai ni ada banyak cawangan , Summit Subang ( opis aku) dan Sungei Wang Plaza ( sebelah Low Yat). Waranti 1 tahun, boleh hantar untuk gantian/servis dimana2 cawangan.

Monday, July 11, 2011

Penang 2011 - 2 Dalam 1

Anak aku yang sulung berjaya masuk ke salah sebuah politeknik... lokasinya, Seberang Perai, Penang. Maka pada pagi 02-07-11 bergeraklah aku. Sebelum bertolak ke Penang ni aku dah merancang nak makan di 2 tempat iaitu Mee Udang Banjir, Mak Jah Mee di Kuala Sepetang dan Nasi Kandar Line Clear.Sebelum tu aku singgah dulu kat kedai membaiki kereta di Bandar Country Homes untuk membaiki kabel aircond..


tunggu masa je nak putus belt ni.....nasib baik sempat tukar...cume yg heran nyer.. tak sampai setahun pun lagi...kabel lain yg tukar sama waktu dengannya pun ok lagi...muskilo betol..

tu dia,,,dah macam kene gigit tikus Aku rasa adalah dekat 1 jam tukar kabel ni jer...pastu aku mulakan perjalanan.

sampai saja di gerai warung Mak Jah, kecewa aku bila terpampang banner mengatakan warung di tutup...(aku mcm dah rasa mmg takde rezeki)


Kerana tidak ingin terkilan tidak dapat makan mee di Kuala Sepetang ni, aku dah keluarga berhenti makan di warung Mak Teh yang terletak 1.7km dari warung Mak Jah.
mula2 sekali pesan ABC ni...murah beb baru RM2.50...tengah2 panas pekene ni mmg best..

Habis je makan , baru je nak gerak aku rasa tayar mcm pancit....bile aku teliti betol2 ...tayar dah pecah...ades....kena lak tukar tayar.. Dah tukar tayar carik lak kedai tayar. Sampai kedai tayar aku carik tayar seken untuk ganti tayar tayar spare ....pastu terus tukar 2 biji tayar baru...


sebelah kiri atas ...lampu jambatan P. Pinang

Berjalan menuju koperasi

hanya ada tilam, bantal kene beli atau bawa sendiri...kat koperasi ada dijual
sarung tilam dan bantal ada diberikan oleh pihak koperasi
kalau malas nak basuh baik...masukkan je duit...beres

ada gak almari....senang nak gantung baju

sedang melalui jambatan Pulau Pinang..kali pertama aku lalui dalam masa 40 tahun...
sekarang ni tren dah laju mcm komuter naik 10minit , turun 5minit jer.
terowong di laluan bukit bendera
berlatar belakang jambatan Pulau Pinang
kalau malam dah kebuluran ..kul 2 pagi pun datang le sini
macam2 jenis lauk ade...pilih jer...
membeli buahtangan - jeruk
kami bertolak pulang ke hotel jam 7.00pm  
gambar kenangan sebelum check-out
 
long bath
memang puashati...bilik besar + katil besar
check-out...settle