Earn free bitcoin

Monday, May 30, 2011

Ho Chi Minh City, Vietnam 2011



Setelah sekian lama tidak keluar negara aku dan isteri merancang perjalanan keluar negara. Destinasi di tuju , Ho Chi Minh City, Vietnam. Salah satu sebab Vietnam di menjadi pilihan adalah kerana tambang kapal terbang yang murah yang di promosi oleh syarikat penerbangan tambang murah , Air Asia. Tempahan di buat pada 10 Disember 2010. Tempahan untuk hotel dibuat pada .....dengan kadar cuma USD20 sehari.


 =============================================

Hari Pertama - 26/05/2011



Aku dan isteri bangun seperti biasa pukul 6.00 pagi, hantar anak2 ke sekolah kemudian menunggu bas di belakang rumah. Dah lama tak naik bas sekali sekala naik bas la pulak...tambang cuma RM0.90 sahaja seorang tapi baki tiada (kebas le tu)....aku tak kisah pun. Tak sampai 30 minit aku sampai di komuter Rawang,aku bernasib baik kerana tren sedia menunggu, tak perlu menunggu lama. Perjalanan dari Rawang ke KL Sentral mangambil masa sekitar 30 minit. Dari KL Sentral aku menaiki bas Skybus dengan tambang RM9 seorang, perjalanan mengambil masa satu jam lebih sahaja.

tambang dari KL Sentral le LCCT ..RM9 jer...
lapor le....makan dulu ...
lepak di balai berlepas

mcm kenal je bangunan pencakar langit tuh..

padat giler rumah kat sini...
ape ke bende je batu kat landasan ni...muskil aku

Perkara pertama selepas aku mendarat di Lapangan Terbang Tan Son Nhat ialah mencari kenderaan untuk ke hotel penginapan. Aku di datangi oleh pemandu teksi yang menawarkan untuk membawa aku ke hotel pada kadar 20USD. Tapi aku cuma menolak dengan baik , kemudian aku ternampak sebuah bas berdekatan dan bertanya jika dia ada melalui jalan yang ingin aku tuju. Aku pun naik lah bas itu dengan bayaran 4000VND (RM0.60) sahaja.
selamba je bawa air batu pakai moto..


bandaraya motorsikal

Kat sini ada lampu isyarat pun macam takde jer, polis die cuma tengok jer..pandai2 korang ler melintas jalan. Korang kalau melintas jalan tutup mata pun bole kat sini pasal dorang akan mengelak...hehe...cube la kalau brani.
helmet lawa gilos...
hotel penginapan 1 bintang jer...hehe

ade aircond dah kire ok le ....tv tak penting...takde mase nak tengok
ni bukan helmet utk basikal tapi utk motor...hehe

kat sini ron 95 1liter = RM3.30
mcm2 jenis helmet motor di jual...kalau kat sini tak lepas sirim ...

salah satu restoran makanan halal
tengah tawar menawar

pasar malam kat pasar benh than

apa le nak makan ni..
korang kalau ade penarik beca camni aku syorkan jaga2.

Begini citernya.aku di datangi oleh penarik beca ini yg menawarkan perkhidmatan untuk membawa aku dah isteri ke sebuah pasar dengan bayaran 250VND (RM38) untuk sehala. Selapas aku membuat perkiraan aku katakan aku 'tak nak'...tapi mereka ini jenis tak 'bahasa'. Hinggalah aku bersetuju untuk menaiki beca mereka pada kadar 25VND. Setibanya di lokasi, mereka meminta aku menjelaskan 250VND seorang. Mereka kemudain mengeluarkan sekeping kertas yang menunjukkan bayaran untuk perkhidmatan yang mereka lakukan, (dalam hati aku " masa mula2 tadi takda pulak dorang keluarkan kertas tu"). Aku dah mula naik angin, aku kemudian menghulurkan 30VND (RM4.50) untuk bayaran beca tersebut dan berlalu pergi. Nak tak nak terpaksa la dorang terima duit tu.

tepi jalan pun boleh siang ikan.
macam2 jenis beras ade dijual.

kat celah lorong tersebut ada Restoran Taj Mahal yang menyediakan masakan halal seperti nasi beriani, pelbagai jenis roti seperti nan dan macam2 lagi

Semasa lepak kat sini ade sepasang warga tua yang membawa anjing nya bersiar..tetiba anjing die membuang najis di taman ini. Perempuan tua tersebut telah memungut najis anjing tersebut , membungkusnya dam membuang nya di dalam tong sampah....kagum aku.

jangan terkejut kalau tengok generator bersepah tepi jalan camni..

generator lagi ?

sampai sini dah 6 jam aku berjalan....hingga terjumpa Petronas Tower


sebelah Petronas Tower ni aku rasa penjara kot..


jenama motor ni berlambak jual kat sini..kat Malaysia ada gak rakan sekerja aku pakai sape ke nama die...E...E...sebutannya

nak repair seluar atau baju ??? carik je tepi jalan pun ader...

ini kot pintu masuk penjara tadi...

sempat lagi tempah baju dan seluar....kat sini tempah baju siap 24 jam

tali leher murah beb...buatan dari sutera, rega dari USD1.5 hingga USD2.5

jalan2 pasar malam kali ke 2

kat gerai ni ler aku try tawar beg kulit Prada  ...harga mula letak USD 300, aku tawar sampai USD80 pastu tak jadi beli....hehe...

apa lagi yg di tawar tu...

muat ke nih ??
dah penat berjalan singgah makan kat kedai nih lagi ...

  =============================================

Hari Kedua  - Cu Chi Tunnel

Penjual2 tepi jalan macam ni memang berlambak....lebih baik jgn layan ...kalau korang layan je dorang akan mula ikut sampai korang kene beli...

Singgah sebentar di kilang kraftangan orang2 kurang upaya . Kraftangan di hasilkan dari kulit telur. Mengikut pemandu pelancong aku dorang ni adalah orang2 yang tercedera semasa perang Vietnam dahulu.


Kaki ade besi pun kerje kat sini beb...ade brani ?



segala macam kabel ade kat tiang ni....
laluan masuk ke Chu Chi Tunnel
sebelum di buka



selepas di buka

Brad Pitt pun ader...hehe
nak gak try masuk


lubang angin untuk terowong dalam tanah
ni jenis2 senjata yang boleh digunakan untuk latihan menembak ..peluru 1 biji USD1 ( min. 10 Biji)
helikopter rambo
aku carik kedai beskal sampai sini..tp brg di cari tak jumpa...hampeh..







Nota : kadar tukaran wang , VND10,000 = RM1.52

2 comments:

Mohd Zamri Abdullah said...

Mana gambaunya Incik?

fadzil said...

Betul2... jalan jauh2 tak kan tak dok gambonya...