Earn free bitcoin

Wednesday, August 4, 2010

Unser Masuk Bengkel

Sabtu 31-07-2010 10.15am , setelah aku menghantar isteriku ke kolej (KLMU), aku membawa anak2 aku ke Taman Tasik Perdana, kami berhenti bermain di taman permainan utama, kami bermain main di situ agak lama2 lebih kurang 1.30minit. Tepat pukul 12 tengahari aku mengajak anak2 aku beredar dari situ untuk pergi mengambil isteriku tapi anak aku yang paling bongsu mengajak aku membeli air kerana kehausan akibat bermain di taman. Aku menuju ke taman paling akhir yang mana terdapat sebuah kedai makan (mini cafe) di situ untuk membeli air minuman. Selesai membeli aku pun menuju ke kereta dan cuba menghidupkan enjin kereta, tetapi sesuatu yang tidak diingini berlaku....enjin kereta aku gagal dihidupkan. Aku menghubungi rakan untuk cara2 menghidupkan kereta menggunakan bateri sampingan, juga gagal.

Akhirnya aku menghubungi seorang pomen yang aku jumpa di tol Jalan Duta semasa berhenti disitu tidak lama dahulu. Beliau membawa sebiji bateri baru namun selepas dipasang juga gagal menghidupkan engin kereta.Beliau kemudian cuba menghidupkan engin menggunakan kabel yang dipotong dari kabel lampu untuk membuat sambungan terus dari bateri ke penghidup enjin juga gagal, beliau kemudian membuka penutup minyak kereta dan memberitahu bahawa engin aku mengalami masalah besar iaitu minyak tidak sampai ke engin kerana masalah motor di dalam enjin dan kereta aku perlu di baiki di bengkelnya. Aku bertanya kepadanya anggaran jumlah membaiki kerosakan dan jawapan yang di beri membuat eku tersentak seketika.

Aku kemudian memberitahu kepada pomen tersebut  bahawa aku ingin membaiki kereta aku di kedai sepupu isteri (Nasir) aku. Kereta aku di tunda hingga ke Pandan Mewah, bersebelahan Hospital Ampang. Hari Isnin Nasir hanya memasukkan Starter Relay dan kereta aku berjaya di hidupkan...Alhamdulillah !!! Aku juga terus menukar ketiga2 belt kereta aku untuk keselamatan.




No comments: