Earn free bitcoin

Sunday, August 14, 2016

Pokok Durian v1 - Musang King

Pada 060816 aku ke Batu Pahat, dalam perjalanan pulang singgah ke kulai untuk membeli anak pokok durian Musang King pada harga RM30

Untuk tujuan ini aku membeli 2 tong air berwarna biru 200L pada harga RM40 sebiji.








 Hari pertama korek separuh lubang, dekat 3 jam bersihkan kawasan dan korek


Hari ahad 14-08-16 aku habiskan korek lubang selama 30minit. Projek di tangguh hingga ke minggu seterusnya.

Sunday, January 31, 2016

DIY - Astro PVR Cable

Pada suatu hari adalah seorang pegawai pemasaran Astro call aku nak promote Astro Superpack. Saja la aku dengar dari mula hingga akhir. Diakhir perbualan aku setuju gak install Astro PVR kerana jumlah bayaran dia masih dalam range yang aku mampu. Antara sebabnya adalah kerana aku dapat 2 PVR dengan bayaran 2nd decoder cuma 5*.**

Ho Chi Minh City lagi (3D2N) !!!, 8 - 10 Jan 2016

Untuk kali ketiganya..aku dan isteri menjejakkan kaki ke bumi Vietnam. Kali ini aku membawa adik iparku yg ingin menjelahah HCMC dengan tujuan mencari beg2 outdoor, seperti Deuter, Jack Wolfskin, Patagonia, The North Face, Osprey dan ntah apa2 brand lagi.

Selepas menghantar ke sekolah, aku mengambil adik ipar dan terus menuju ke Terminal Bersatu Selatan (TBS).  Dari sana aku mengambil bas ke KLIA2 dengan bayaran tiket RM10 seorang. Perjalanan dari TBS ke KLIA2 mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Than Soon Nhat mengambil masa lebih kurang 1jam 50minit. Setibanya di TSNA, aku terus mencari bas awam kerana lebih murah berbanding menaiki teksi (160K VND), lagipun tak banyak beg yang dibawa. Tiket bas berharga 5KVND seorang tetapi seperti biasa konduktor akan caj 10KVND seorang, mungkin kerana beg yang kitorang bawa. Kami turun di stesen bas berdepan dengan pasar Benh Thanh. Dari situ kami berjalan kaki mencari lokasi hotel (Than Long Hotel) dengan bantuan GPS. Untuk makluman, alat GPS kat Vietnam perlu menghadap langit, kalau tak signal hilang hilang. Yang hairannya keadaan  ini sama seperti di Indonesia (mungkin disebabkan oleh keaadaan langit yang sentiasa dilitupi oleh asap/awan).

Hari pertama kami berjalan 'KAKI' sejauh 3KM meredah bandar HCMC. Lokasi pertama : Russian Market (N10 45.703 E106 41.706). Banyak juga barang yang dijual disini, tetapi oleh kerana aku sangat mementingkan kualiti barangan...maka aku hanya lihat2 sahaja. Lokasi seterusnya Balo BackPack di Jalan Le Quoc Hung (N10 45.837 E106 42.263). Aku hairan sebab, katanya dia supplier barang ke merata tempat termasuk Malaysia, tetapi tak banyak beg yang di pamirkan. Akhirnya aku balik menaiki teksi ke pasar Benh Thanh, tak larat dah nak berjalan.











Suasana dalaman Hotel Than Long







Caj Teksi kat sini







Caj untuk pos barang ke Malaysia (lagi berat lagi murah)




















Tokei kedai
moto mini ni tak masuk Malaysia..sori ek..
satu2nya model yang ada kat sini


-------------------------------------- Hasil tahun ini -----------------------------












Nota :-

40K untuk 6 cermin .. apa nih ?
Patagonia 28L 330VND
JW 750VND
TNF Surge 11 transit 600VND
Deuter Futura 32L 1JutaVND
Deuter Bookpack 200VND
Yaiza 55L 260VND
Deuter Challenger 230VND
JW Kidas Alpine Trail 995VND/RM100 ???
Accessories Motor District 5