Destinasi percutian seterusnya untuk tahun 2013 adalah Krabi, Thailand. Seperti biasa, aku dan isteri akan siap lebih awal iaitu 4-5jam. Maka seawal pukul 3 pagi aku dah bangun. Aku bergerak dari rumah mentua aku pukul 4.15pagi dengan menaiki kereta di pandu oleh abang iparku. Kami sampai di LCCT pada pukul 5.30 pagi.Ada lagi masa untuk berjalan2 sekitar LCCT sementara menunggu pukul check-in pukul 6.30. Kapalterbang berlepas dari LCCT pada pukul 7.15am dan sampai di Lapangan terbang Krabi pada pukul 8.25am...peh !! sekejap je dah sampai. Kalau nak naik kereta datang sini min. 8 jam hingga 12 jam baru sampai sini. Sampai je sini aku terus cari pengakutan nak gi hotel. Seperti biasa aku lebih suka cari transport yang bajet, jadi kami beli tiket bas dalam airport. Harga tambang cuma THB150 seorang.Perjalanan menaiki bas dari airport ke Pantai Ao Nang mengambil masa 1 jam, almaklumlah bas ni pusing merata nak hantar penumpang dia.
**************************************** hari pertama 10/04/2013**********************
**************************************** hari pertama 10/04/2013**********************
kedai paling bajet kalau nak makan...sedap lak tu. |
hari pertama dah dapat habuan.. |
penat berjalan...pekene ice shake dulu |
pemandangan dari bilik no 2 |
Ini adalah bilik hotel pertama sebelum isteri aku minta tukar bilik lain
tandas berlantaikan 'pebble wash' |
bilik mandi pun takde pintu atau tirai. |
Dari bilik boleh nampak mangkuk tandas...sendiri mahu ingatlah !! |
Ini adalah bilik tempat aku menyewa hari pertama...tetapi tak kekal lama. Isteriku minta tukar dengan bilik lain kerana bilik airnya tidak ada pintu cuma kain langsir sebagai penghadang. |
pemandangan dari luar bilik no 1 |
Harga bilik untuk satu malam RM111.30 |
Seperti biasa saat paling menakutkan bila menaiki kapalterbang ialah ketika ingin melepasi awan.
sapa tak gayat tengok awan tebal camni ? |