Untuk cuti-cuti Asia tahun ini, Bandung menjadi lokasi pilihan selepas Jakarta. Rate pada waktu dan masa aku nak gi ni adalah IDR 1 Juta = RM315.Untuk perjalanan kali ini aku di hantar oleh adik iparku ke komuter Rawang sampai kul 4.10pm tak sampai lima minit tren sampai.. Tren dari komuter Rawang bergerak pada pukul 4.15pm dengan harga tiket RM3.60 seorang ke KL Sentral. Dari KL Sentral jam menunjukkan pukul 5.45pmketika Sky Bus bergerak menuju ke LCCT dan sampai pada pukul 6.45pm. Aku dan isteri menaiki kapal terbang jam 10.30pm dan sampai di Bandung pada pukul 11.15pm. Ketika keluar saja dari airport aku terus mencari kenderaan untuk ke hotel . Ada seorang pemandu teksi sapu menawarkan untuk menghantar aku ke hotel dengan kadar 100k kemudian di turunkan kepada RP60k setelah aku katakan aku tak berminat. Dari airport aku menaiki taxi ke hotel dengan kadar tambang 'hanya' IDR40k. Alhamdulillah nasib baik isteri aku telah sedia menempah hotel untuk aku bermalam kalau tidak tak tahu mana aku nak tido malam ni ( masa kat Jakarta dulu aku tidur kat kerusi menunggu aje). Kadar hotel untuk Cihampelas Hotel 2 adalah RM92.10/IDR275k ( [USD24.79 +5.21=USD30], harga bilik RM76.12 + cukai hotel dan perkhidmatan RM15.98).
Kadar hotel untuk Cihampelas Hotel 2 adalah RM92.10/IDR275k ( [USD24.79
+5.21=USD30], harga bilik RM76.12 + cukai hotel dan perkhidmatan
RM15.98).Ini harga tempahan online tetapi bila bayar kat kaunter cuma RM86.60.
|
IDR275k = RM86.60 |
|
Hari pertama stay kat hotel Cihampelas. |
|
Ada TV pun ok gak le....bole layan dari takde apa nak pandang kat Level Bawah Tanah ni... | | | | | | | |
|
|
Sempoi je bilik ni.. |
|
lihatlah barisan kain2 yang cantik...gelap mata kalau perempuan tengok |
======================================================
Hari kedua hingga hari ketiga aku tinggal di Amaris Hotel Cihampelas
(Check-in 14.00 / Check-out 12.00). Pagi kedua selepas breakfast kat
hotel aku terus gi ke Hotel Amaris nak tanya boleh tak simpan beg.
Kemudian aku terus checkout dari Cihampelas hotel pastu terus checkin
beg dan terus menuju ke Pasar Baru menaiki angkutan kota ajer...
|
Pemandangan bilik Hotel Amaris |
|
FO sekitar Jalan Cihampelas..belek2 ...jgn tak belek..
|
senapang buatan sendiri...dijual di Jalan Cihampelas |
|
|
|
Barangan ini di beli di Tokok Tiga. Harga seluar Levi's RM126-147..kalau kat KL harga sekitar RM240-280 |
======================================================
Hari kedua selepas breakfast terus gi Jalan Cibaduyut, tapi sampai je
kat sini kebanyakan kedai belum lagi dibuka. Camna nak buka kedai kalau
aku sampai kat sini awal sgt kul 7.30am. Aku jalan2 sekitar sini
sehingga pukul 9.15am pastu terus gerak gi Rumah Mode sampai kul kat
sini kul 11.30am. Pastu dari sini aku singgah kat Paris Van Java.
Selepas tu gi semula ke Pasar Baru sampai kul 5.50pm baru balik hotel.
|
Breakfast...isi perut sebagai bekalan untuk perjalanan yg "panjang" |
|
Hari Kedua dari hotel terus gi Cibaduyut sampai sini |
|
Tunggu punya tunggu ..tak buka gak kedai kat sini. |
|
Tak sah gi jalan2 kalau tak masuk kedai faverit die
|
hasil hari kedua |
|
======================================================
Hari Ketiga seawal 7am aku dah keluar hotel. Destinasi hari ini
-Tangkuban Perahu, Sari Ater (kolam air panas) dan Kampung Daun. Seperti
hari2 terdahulu aku menaiki angkut2 untuk ke Stesen Ledeng dengan
tambang cuma 8k untuk 2 orang. Ketinggian Stesen Ledeng adalah 949m.
Dari hotel aku menginap ke Stesen Ledeng mengambil masa cuma 20 minit.
Dari Stesen Ledeng ke Tangkuban Perahu aku menaiki sejenis angkut2 yang
besar dengan tambang 12k seorang. Dari Stesen Ledeng ke Tangkuban Perahu
cuma 21 KM tapi mengambil masa 45 minit maklum lah jalan kecik pastu
curam pulak.
Turun dari Tangkuban Perahu kul 11am aku gi pula ke
Kolam Air Panas Sari Ater lebih kurang 11km dari Tk Perahu. Dalam
perjalanan turun dari Tangkuban Perahu ni aku tengok kabus dah mula
menutupi puncak gunung ni, Alhamdulillah sempat gak aku menikmati
pemandanan kat sini. Kepada yang baru sampai tu.....apakan daya..nikmati
je lah angin sejuk kat sini. Untuk masuk Sari Ater kena bayar
RP19k(RM6.00) seorang. Dari Sari Ater terus pula ke Kg Daun, perut dah
lapar dah ni...Selepas dah habis makan sambung shopping. Untuk 3 trip
iaitu Tangkuban Perahu - Sari Ater dan Kg, Daun , aku bayar 350k
.Destinasi seterusnya Pasar Baru (ni dah kali ke 3 gi sini). Habis
shooping sampai hotel kul 9.30mlm...peh !!! penat gilerzzz...tido tak
henggat dunia....bini ade sebelah pun tak henggat dah ...hehehe...
|
Add caption | | | |
|
bergambar di
deretan kedai menjual perbagai jenis barang termasuk cenderemata. Kat
sini kene pandai tawar menawar kalau tidak habis kene kelentong. Aku
beli batu tasbih gunung berapi kat sini cuma RM15 (50k) tapi anak buah
aku beli kat sini RM300. Ada bran ?? Keychain kat sini pun kene bargain
habis2an..aku dapat 40keping dgn rega 100k.
|
|
Berhenti di ladang teh dalam perjalanan ke Sari Ater |
|
Rendam kaki sekejap je pasal hujan mula renyai. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku order Nasi
+ Itik goreng. Tapi kesian orang rumah aku tak tahu nak makan apa, die
order pizza . Setengah jam pun tak sampai ..dah nak kansel je order baru
sampai. |
======================================================
Hari Keempat seperti biasa...bangun pagi lepas breakfast terus gi Pasar Baru (peluang shooooping terakhir).
|
pergi 2 beg balik bawak balik mcm2 beg. |
Nota : Waktu yang di guna pakai didalam catatan ini adalah waktu Malaysia. Waktu di Bandung, Indonesia awal 1 jam dari Malaysia.