Earn free bitcoin

Wednesday, November 6, 2013

Cuti-cuti Malaysia - Langkawi 2013

Seawal pukul 8.35 aku dan keluarga keluar dari rumah untuk ke Penang.Tujuan asal untuk membawa anak sulung aku balik.Sebelum bergerak singgah makan pagi kat Medan Puteri. Kami memulakan perjalanan ke Penang pada pukul 9.05am dan sampai di tol Juru pada pukul 1.07. Bayaran tol dari Tol Rawang ke Tol Juru adalah RM40.00. Kami sampai di Seberang Perai pada pukul 1.35pm.

Selepas makan tengahari berdekatan Masjid Kampung Pertama, isteri memberi cadangan untuk ke Langkawi. Jadi kami bertolak sini pada pukul 2.20pm dan sampai di Jeti Kuala Kedah pada pukul 4.00pm.Dari Tol Sungai Dua ke Tol Alor Setar memakan masa 1.35minit dan bayaran tol adalah RM11.40. Cadangan asal ingin ke Jeti Kuala Perlis tetapi di sebabkan untuk ke jeti tersebut memerlukan aku memandu sejauh 47.7km(34minit) lagi maka aku batalkan hasrat tersebut.

Sebelum aku sampai ke jeti kira2 250meter sebuah motorsikal sudah mendatangi aku untuk menawarkan tempat meletak kereta kepada aku. Tetapi aku belum lagi membuat keputusan kerana pada waktu itu aku masih belum membeli tiket feri, manalah tahu kot2 tiket feri sudah habis, maklumlah ini kali pertama aku menaiki feri untuk ke Langkawi. Setelah membeli tiket, aku di datangi semula oleh lelaki yang menawarkan tempat letak kereta tersebut. Lelaki tersebut memberitahu kadar tempat letak kereta pada kadar RM15 sehari dan oleh kerana aku akan pulang pada hari esoknya maka lelaki tersebut mengatakan aku perlu bayar sebanyak RM30 untuk 2 hari. Aku kurang bersetuju kerana aku katakan aku ada ternampak kadar sewa yang lebih murah iaitu RM10 berdekatan dengan jeti. Setelah berbincang aku bersetuju walaupun dalam masa itu terasa seperti tertipu maklumlah masa waktu itu pukul 4.10pm dan tiket feri pukul 4.30. Dalam perjalanan ke tempat letak kereta lelaki tersebut mengesyorkan aku pergi bertanya dengan tempat letak kereta berdekatan sekolah, tempat yang aku ternampak parking RM10. Setelah bertanya kepada warden sekolah tersebut, maka aku bersetuju untuk bayaran tempat letak kereta yang di kenakan iaitu RM10, Alhamdulillah jimat 20 henggit.

Perjalanan menaiki feri dari jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah memakan masa selama 1.30minit. Ketika sampai di Jeti Kuah aku sudah sedikit panik kerana waktu sudah pukul 6.30ptg tetapi hotel pun aku belum cari. Kami dengan segera terus mencari van. Kadar bayaran untuk ke Pekan Kuah adalah RM2 untuk seorang, jumlah RM12.

Sampai sahaja ke Pekan Kuah aku dan isteri terus mencari hotel setelah meninggalkan anak2 lepak minum di gerai berdekatan. Hotel pertama kami tanya adalah Langkawi Baron Hotel, tetapi diberitahu bilik sudah penuh. Aku dan isteri mencuba pula My Hotel, jawapan sama juga di terima, tetapi kebetulan ada seorang lelaki di situ memberitahu mungkin beliau ada bilik kosong. Seteah di periksa, Alhamdulillah ada lagi bilik kosong, aku tanpa berlengah terus bersetuju.

Keesokannya selepas sarapan, kami terus berjalan2an sekitar Pekan Kuah mencari barangan untuk di beli, terutamanya COKLAT.

Kami check-out pukul 12.30 dan terus ke jeti. Sampai di jeti kami berhenti untuk bergambar di sekitar patung helang besar. Kemudian kami terus ke jeti untuk membeli tiket.Kami tidak dapat menaiki feri pukul 1 kerana lewat, maka kami beli tiket pukul 2.30pm.

Dari Jeti Kuala Kedah pukul 4.40pm kami kemudian berhenti makan di Seberang Jaya pukul 6.15pm. Selaps makan kami bergerak dari Seberang Jaya pukul 7.30pm dan sampai rumah pukul 11.06pm (3jam 35minit). Penatttt........
hasilnya memang puas hati...


bole gak grill ayam sekor dlm ni..

antara barangan yg berJAYA' isteri aku beli..










bergambar di lobi hotel

kat sini memang murah






cuba cari patung helang besar


bergambar kat jeti













tiket feri sehala





Nota : Perjalanan dari Tol Rawang ke Jeti Kuala Kedah = 410km (RM75/35.71lt). Bayaran Tol dari Tol Rawang ke Tol ke Tol Alor Setar Selatan RM 51.40