Earn free bitcoin

Wednesday, January 30, 2013

Pokok Mangga V2 + Rambutan & Ciku

Setelah 4 tahun menuggu akhirnya pokok mangga yang aku tanam berbuah...Alhamdulillah merasa juga makan buah mangga. Tapi sayangnya pokok mangga aku tak dapat bertahan oleh kerana serangan anai. Maka projek baru di mulakan pada 20/01/13 untuk tanam pokok mangga baru dengan teknologi untuk menangkis serangan anai2. Aku beli pokok mangga ni kat area Sg. Buloh dengan harga  RM23. Aku pastikan mangga yang aku beli ni pernah berbuah sebelum ni berdasarkan dari kesan ranting buah kat pokok ni .


================================================================
 Dikemaskini pada 17/01/2014

selepas 2 bulan 11 hari, ranting dah mula lentuk
selepas 2 bulan
================================================================
 Dikemaskini pada 02/12/2013

Alhamdulillah pada 30/11/13 aku lihat pokok mangga aku mula berbunga ( 10 bulan selepas di tanam)
================================================================
Dikemaskini pada 18/03/2013

Pada 28/01/13 aku dah isteri jalan2 lagi sekitar Sg. Buloh dan ter"serempak" pulak dengan pokok ciku dan rambutan . Dah dekat dua bulan pokok rambutan ni aku letak kat laman depan rumah baru aku tanam pokok rambutan ni kat belakang rumah sampai daun habis gugur tapi Alhamdulillah aku tengok ade pucuk baru tumbuh...cepat2 aku mulakan projek baru 'planter box.
dah takde tempat untuk aku tanam pokok ciku...kat luar pagar jelah nampaknya. (dah mula berbuah tu  !!)

Projek terbaru pada 17/03/13 - Pokok Rambutan

================================================================


gambar terakhir sebelum pokok mati kering



pokok mangga baru beli - 24/12/12

korek - buang tanah lama ganti tanah baru




planter box separa siap

================================================================
 Dikemaskini pada 20/05/2015

Dah 2 tahun 5 bulan umur mangga ni....ini kali kedua dia berbuah


Rambutan pulak dah umur 2 tahun 2 bulan


================================================================

 Dikemaskini pada 29/06/2015

Alhamdulillah hasil tahun ini

sambung lagi berbunga...tak putus...